Ada kata saya tak layak menulis buku, sehinggalah....

Bayangkan

Pos Malaysia menelefon anda.

"Saya ada di depan rumah. Ada satu kotak kiriman untuk anda."

Saudara keluar di depan rumah. Menandatangani borang penerimaan

Di meja makan, ahli keluarga menunggu saudara membuka kotak.

Dulu bermimpi sahaja. Sekarang jadi betul. Isi kotak ini adalah angan-angan saudara yang dahulu.

Anda sedang memegang buku yang ada nama sendiri pada kulit buku.

Sebahagian buku para peserta bengkel penulisan. Bermula kosong, berakhir satu buku dalam tangan.

Menulis Buku Pertama Dari Kosong

"Susahnya menulis, tak ada idea bab pertama."

Siapa kata menulis buku mesti bermula dari bab pertama? Jika itu sahaja caranya, sudah lama buku anda siap. 

Bukankah di sekolah kita diajar begitu? Kita diajar mula dengan perenggan pertama, kedua, ketiga. Terbawa-bawa dengan cara menulis bab satu dahulu sebelum dua.

Tak menjadikan?

Sudah-sudahlah. 

Buang amalan lama yang membuat anda tertekan mahu menulis buku pertama.

Ambil formula Kawakita yang berjaya membantu 200 orang penulis baru menulis siap terbit buku pertama.

"Rasa macam tak ada orang mahu baca buku saya."

Ramai yang langgar dinding, percaya buta-buta, jika dia menulis orang akan baca. Apabila tak ada orang membaca dia kecewa. 

Tahu kenapa?

Dia tak gunakan formula kuadran pembaca yang memberitahu 90 peratus kehendak pembaca ke atas buku kita sebelum kita siap menulis. Ambil dan belajar cara ini.

"Buku saya tak sedap dibaca."

Ya, buku kita tak sedap dibaca apabila kita tidak ada formula lapis pemula. Lapis pemula ini yang menjadikan 30 bab buku kita dilihat segar oleh pembaca. Lapis pemula ada unsur hook, fresh dan what's next. 

Ambil dan belajar cara ini.

"Saya masih tak nampak ke mana tujuan saya menulis buku."

Orang bisnes menulis buku untuk membantu pelanggan, membina jenama yang diingati dan menguasai pasaran

Pekerja menulis bagi mengalihkan pengalaman kerja bertahun-tahun untuk dibaca oleh pekerja akan datang.

Orang biasa-biasa menulis buku motivasi, bantu diri dan tunjuk cara agar mendorong orang lain dengan tip yang digunakan sebelum ini.

Mereka datang, tulis dan terbit.

Bengkel Praktis Menulis Buku Pertama

Tarikh

Sabtu, 27 April 2019

Masa

9.30 pagi - 5.00 petang

Akademi Penulisan Must Read
40-2, Jalan Wangsa Setia 1, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waze

Klik di sini 

https://goo.gl/maps/v3ZKhut2HL...

Bengkel ini tidak sesuai untuk penulisan cerpen dan novel

Berbaloi Wang & Masa Belajar Menulis Di Sini

Dr Noor Hayati Yasmin

Rasa berbaloi sangat terbang dari Sabah dalam masa hujung yang singkat walaupun membayar tiket kapal terbang yang mahal dan keletihan badan ke sana sini.

Selepas ini, lebih banyak lagi gambar kita semua bersama dan memegang buku masing-masing dengan hati yang berbunga-bunga.

Petikan komen Julai 2014

Dr Noor Hayati menulis lebih sebuah buku, antaranya Bila Abah Sakit, Be A Happy Houseman, Tokyo dan Osaka Dalam 8 Hari dan Bangkit Selepas Gagal

6 Modul Amalan Industri Buku

MODUL 1 TULIS

Tidak ada lagi writer's block

Kuasai cara mencetuskan idea dan dijadikan aset buku melalui timeline tulis sampai siap.

Kaedah Kawakita  yang menghasilkan 200 penulis baharu.

Merancang tiga buah buku serentak.

Teknik Teks, Visual dan Format diaplikasi sepanjang bengkel. 

Nilai Modul RM220

MODUL 2 TERBIT

Sudah tahu buku mahu bawa ke mana

Kurangkan risiko terbakar tangan (duit). Kuasai model Rancangan tunai untuk cetak sendiri pada kos rendah.

Belajar juga cara menulis proposal buku dimahukan penerbit, jika tidak mahu terbit sendiri.

Teknik Bajet, Kualiti dan Bahan diberikan.

Nilai Modul RM220

MODUL 3 TUJU

Membina pembaca sebelum buku terbit

Belajar peta tahu dan mahu dalam diri pembaca. Gunakan kaedah apa di tangan bagi membina 1000 pembaca pertama.

Teknik validasi, pra pemasaran dan pesanan sebelum terbit akan dipraktikkan.

Nilai Modul RM220

MODUL 4 PEMBACA

Psikologi Pembaca Diikat Kuat

Kuasai jenis-jenis pembaca agar buku yang sama dapat diperkenalkan pada jenis pembaca berbeza dan pada waktu yang berlainan.

Nilai Modul RM220

BONUS 1: SISTEM SOKONGAN

Bekerja secara beramai-ramai

Selepas bengkel. Anda dimasukkan dalam grup tertutup sokongan penulisan.

Lebih 100 orang penulis akan membantu. Lontarkan hasil penulisan di situ dan dapatkan maklum balas.

Nilai sistem sokongan RM750

BONUS 2 BAHAN PROFESIONAL

Tidak terperangkap satu cara

Selepas bengkel. Bahan-bahan teks, audio dan visual diberikan. Hebahan peluang penulisan diberikan.

Bahan datang daripada hasil writing lab kajian perbukuan dari Australia, China, Singapura, Indonesia, Korea, India, Mesir dan Malaysia.

Anda mendapat lebih banyak panduan dan menghidu lebih banyak peluang.

Nilai sistem sokongan RM3500

Guru Penulisan Ini Mahir Mengesan Bakat Menulis

Tulisan Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS Media Group di media sosial

Pada usia 60 tahun, tentulah saya kenal banyak orang. Saya letakkan Tuan Zamri Mohamad pada kedudukan nombor satu dalam senarai orang paling kreatif yang saya pernah jumpa.

Status bertarikh 14 November 2010

Orang yang paling layak membimbing puan menulis buku non-fiksyen adalah Tuan Zamri Mohamad. Beliau juga dapat mengesan jenis bakat penulisan yang ada pada puan.

Beliau juga adalah literary agent kepada PTS. Mohon puan berkonsultasi dengan beliau dahulu.

Respon kepada soalan di status bertarikh 10 September 2012

Trainer Cekap Menyusun Pelan Penulis Baharu

Ain Maisarah, penulis novel remaja nombor satu negara

Memasarkan diri sebagai penulis juga memerlukan ejen yang cekap dan rajin, katanya. Beliau yang memberikan tip mengenai Zamri Mohamad, seorang penulis, jurulatih penulisan dan ejen penerbitan yang mempunyai laman web untuk membantu penulis memulakan kerjaya

Petikan Temu Bual Berita Harian Singapura

Pembimbing kelas (kanan), Zamri Mohamad

6 Perkara Mengenai Pembimbing

PENULIS & KONSULTAN

Menjadi Tumpuan Penerbit & Agensi Perbukuan Negara

Penulis lebih 25 buah buku dan ebook.

Nama ini pernah dipanggil menjadi perunding untuk agensi perbukuan negara.

Beliau menjalankan kerja perundingan pembangunan penulis untuk rumah-rumah penerbitan di Malaysia sejak tahun 2009.

Di sini beliau membantu memetakan lanskap pembangunan penulis di Malaysia. 

Lanskap ini adakah kerja besar yang disediakan untuk anda.

PEMBENTANG

Acara Perbukuan Dalam & Luar Negara

Pernah dipanggil untuk membuat pembentangan di Singapore Writers Festival dan Asian Festival of Children's Content.

Terlibat juga dalam pembentangan kertas kerja akademik dalam topik penerbitan dan kreativiti. Antaranya Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik anjuran Agensi Nuklear Malaysia.

Di sini beliau memperkenalkan idea-idea baharu yang dapat diamalkan penulis  seperti anda.

PENYERTAAN

Acara Perbukuan Dalam & Luar Negara

Finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2010. Tiga Terbaik dalam Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian 2011, Finalis Anugerah Buku PNM-RTM 2013, Naib Juara Page to Pitch (P2P), Media 360, Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre (KLTCC) dan Finalis The Beauty and Book Award 2017, Frankfurt Book Fair, Jerman.

Di sini beliau menguji idea-ideanya. 

Maka penulis baharu tidak membuang masa dan dapat menggunakan sepenuhnya untuk buku pertama anda.

PENDIDIKAN PENULIS

Dalam & Luar Negara

Aktif melibatkan diri secara langsung dan tak langsung di festival penulis dan acara perbukuan antarabangsa Sydney Writers Festival, Melbourne Writers Festival, China Shanghai International Children's Book Fair.

Beliau juga terlibat dalam program penerbit seperti StoryDrive Asia anjuran Frankfurter Buchmesse dan Singapore Book Publisher Association. Malah menjadi sebahagian Globalocal, anjuran German Book Officce, New Delhi,India.

Terbaharu, beliau menjejaki industri buku di Korea Selatan dan membuat analisa bandingan.

Beliau mengambil maklumat dan mengajarkan kembali agar penulis baharu agar bermula betul dan dilihat mahal pada mata pembaca anda.

PENGKAJI

Bahan Perbukuan Dalam & Luar Negara

Bahan-bahan yang digunakan dalam kelas melalui proses writing lab yang diajarkan semula kepada penulis-penulis baharu.

Bahan-bahan datang daripada rakan-rakan industri buku dalam dan luar negara.

Ini digunakan semula secara mudah dalam bentuk modul dan input eksklusif yang dibuat secara tertutup untuk anda.

SENTIASA SEGAR

Agar penulis baharu bukan pengamal kejayaan lama

Satu-satunya individu yang paling konsisten menulis mengenai panduan penulisan sepanjang sembilan tahun berturut-turut.

Ya, sesiapa sahaja boleh mengajar menulis. 

Sekiranya di sini, penulis baharu keluar dengan sepuluh langkah lebih jauh ke depan pengetahuan mereka

Ini hanya akan berlaku apabila pembimbing sendiri tidak berhenti belajar.

Dua Buku Terbit Serentak Selepas Kelas

Alumni Puan Zarinah Salam dan El Dedeque

Selepas bengkel penulisan dihadiri, Zarinah pulang ke Johor dan dalam diam-diam menyiapkan buku pertama. Bukan satu, tetapi dua secara bersama rakan, El Dedeque

Zarinah berkata, " Alhamdullilah. Dari angan-angan menjadi realiti.  Berangan itu percuma, menjadikan ianya realiti kenangan paling bermakna sekali.

Dua buah buku kami sudah sedia dirak. Tak sabar untuk menemui pembaca terawal.

Kata sahabatnya, El Dedeque, "Alhamdulillah, akhirnya nak ada buku sendiri telah tercapai. Dari dulu masa sekolah pernah mengimpikan mempunyai buku sendiri di rak buku.

Dari mula-mula nak terbit sebuah dahulu. 

Alhamdulillah rezeki dapat keluarkan serentak dua buah buku yang mana diadaptasi dari modul kelas-kelas kami sebelum ini.

Boleh kata buku pertama genre ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu."

Yuran Profesional

Aplikasi modul profesional +bimbingan profesional + susulan semakan manuskrip selama 45 hari + grup sokongan komuniti penulis + bahan dalam dan luar negara + khidmat nasihat

Buku Pertama Masuk Carta Bestseller 28 Hari!

Emylia Mohd Nor penulis Budak Kelas Belakang

Saya dapat manfaat dari Bengkel Menulis Buku Pertama yang saya hadir Mac 2017. Bengkel ini bengkel penulisan pertama saya hadir. Saya amalkan KJ Method yang Tuan Zamri ajar. Hasilnya - buku pertama top 10 bestseller MPH selama 4 minggu dan Top 10 Buku Paling Laris Disember 2018 di Popular.

Maklumbalas pada 8 Februari 2019

Apa Kata Komuniti Perbukuan?

Di mana para alumni bengkel? Mereka mula mencuba tulis dan terbit. Sejumlah 13 rumah penerbitan tempatan menerima manuskrip mereka yang sesuai dengan konsep rumah penerbitan.* Ada yang menerbitkan sendiri buku

Adanya Penulis Di Sini Status Best-seller

Abdul Kahar Abdul Hamid, Pengarah Urusan Must Read Publication

Bengkel penulisan dikendalikan mereka membantu kami (penerbit) mendapat penulis yang layak terbit, dimahukan pembaca dan ada pasaran. 

Ada peserta selepas bengkel ini mencapai status best-seller dalam senarai kami. 

Hasil bengkel ini bukan ‘syok sendiri’ malah faham apa dimahukan pembaca.

Modul-modulnya memenuhi keperluan semasa dan berkualiti.

Ini bukan bengkel menulis serupa seperti cara penulis yang berdiri di depan, tetapi tulis cara pasaran buku mahu

Akhirnya penulis dapat hidup dengan karakter sendiri dan tidak terperangkap. Penerbit pun mendapat sentuhan yang unik.

Sehingga sekarang hasil selepas bengkel penulisan mereka masih dialu-alukan untuk dihantar kepada kami.

Keseluruhan Penulis Capai 50,00 pembaca

Zuryati Isa, Pengarah Urusan Legacy Publishing

Para penulis yang mengikuti kelas mereka sudah membawa nilai lebih setengah juta ringgit jualan buku kami dalam pasaran.

Sebagai penerbit, kami rasa tempiasnya kerana buku-buku berkualiti ditulis oleh mereka.

Lebih 50,000 pembaca mendapat manfaat daripada buku-buku tulisan mereka yang terbit selepas mengikuti bengkel ini.

Latihan yang diberikan betul-betul memenuhi keperluan pasaran buku.

Penulis yang bermula kosong pun tidak meraba-raba mencari apa yang betul, semua sudah ditunjukkan dalam bengkel.

Editor pun mudah menguruskan manuskrip mereka.

Bengkel ini seperti memotong separuh perjalananmereka dalam menjadi penulis.

Sebagai penerbit baru, kami amat teliti memilih rakan kerjasama.

Keputusan kami bekerjasama dengan mereka sejak awal penubuhan rumah penerbitan sehingga sekarang amat berbaloi.

Kami berhasrat dapat terus mengekalkan kerjasama ini, sekali gus bersama-sama membangunkan industri perbukuan negara sehingga ia menjadi satu industri yang dibanggakan negara.

p/s Setiap orang mempunyai tahap pencapaian berbeza dalam menulis buku pertama. 

p/s/s Masih teragak-agak? Boleh teruskan membawa angan-angan seperti tahun-lalu. 

p/s/s/s Sudah geram menunggu lama. Maka terus bertindak agar ibu, ayah, anak dan kawan tersenyum bangga melihat kejutan buku pertama anda. Ini pilihan hidup anda.

p/s/s/s/s Datang hanya belajar sekali, agar dapat menulis berkali-kali